Saturday, June 18, 2011


BURGER BOB KUANTAN

IKAN / AYAM / DAGING

1. Burger Lapuk - RM 2.00
patty + pickle
2. Burger Cis Istimewa - RM 3.50
patty + telor + cheese + pickle, sos dan mayo dalam balutan
    3. Burger Cis Benjolah - RM 2.50
patty telor + kepingan sosoj + cheese + pickle
4. Burger Cis Bertelor - RM 3.50
patty + cheese + pickle + telor
5. Burger 3D - RM 3.50
patty + telor + patty + pickle
6. Burger Ke Ape - RM 5.00
patty + cheese + telor + cheese + patty + pickle
7. Burgerare - RM 7.50
patty + cheese + telor + cheese + patty + telor + cheese + patty + pickle
8. Burger Set - RM 4.00
burger lapuk + fries + mayo + sos
9. Burger Oblong Biasa - RM 3.50
patty panjang di perap rempah + black pepper homemade + pickle
10. Burger Oblong Cis Istimewa - RM 5.00
patty panjang di perap rempah + black pepper homemade + pickle + cheese + balutan telor
11. Burger Oblong Set - RM 6.00
burger oblong biasa + fries + mayo + sos
12. Burger Kebaborrr!!! - RM 3.00
patty cincang + telor cincang + black pepper + mayo + sos + pickle







Saturday, June 11, 2011

Kami cuba memperlbagaikan design


antara-antaranya

DING DONG DING Set.


DING DONG DING Set.
Tidak kira apa jenis burger pon anda mahu bersertakan fries kami boleh hidangkan dengan menu tambahan itu,ayuh mari cua,anda mahukan black pepper? Jangan risau, ianya percuma....

PELANG LOKASI ; untuk memudahkan perjalanan anda semua.



Kepada semua pelanggan dan kawan2 yang dekat mahupun jauh, di sini kami telah letak pelan lokasi dimana tempat kami berniaga, yang datang luar dari bandar Kuantan, anda semua boleh klik pelan nombor 1, kami petik dari google maps untuk memudahkan pihak kalian berjalan. Dan yang dari sekitar bandar Kuantan ianya mmg mudah kerana kami sudah design secara simple hanya mengikuti pelan nombor 2.
Jika masih keliru dan susah nak jumpa, sila telefon kami atau msg di nombor 013-9364737.

nota : klik gambar untuk kelihatan jelas, jangan risau resolution sudah di adjust tinggi.

sekian.

Sunday, April 17, 2011

KEBABBORRR!!!!


Menu : KEBABBORRR....
Harga : RM3.00
spefikasi : daging cincang + telor + secret bland mayo + black pepper mayo

Wednesday, April 13, 2011

mari cuba BURGERARE! tiada di tempat lain...


Salam ceria pada kawan2 sekalian.
mari cuba BURGERARE yg pasti memukau akan kemeriahan rasa kepngan-kepingan telur,cheese dan daging.

nama : BURGERARE
harga : RM7.50
isi dalam : DAGING + CHEESE + TELUR + CHEESE + AYAM + CHEESE +  TELOR + CHEESE + DAGING

Thursday, April 7, 2011

Benji lepak di BBK !

Assalamulaikum kawan2.
Hari ini hari jumaat, penghulu segala hari. Syukur atas keredhaanNya semalam, rezeki datang tanpa diduga, alhamdulillah.

Malam semalam kami sold out lebih awal,before jam 1 kami dah close, alhamdulillah ya Rahman ya Rahim.

Malam tadi kami agak sibuk sampaikan tak sempat duduk dan makan,hehe, tapi tak apa servis untuk customer perlulah diutamakan eh. Dalam pada masa yang sama, kami lihat semacam seorang artis lagi selepas Ucop HKLBR tempoh hari, iaitu Benji anak seniwati Azean Irdawaty. Hmm sedapnye tgk lepak makan dengan keluarga beliau. Happy!

Kes skandal dadah beliau? Ops! jangan dikontroversi kat sini, blog kami untuk makan2,bukan untuk gosip2 liar okay hahaha...
Yeah mmg true, beliau tadi iaitu Benji, sah dan benar,dan sekrang beliau agak berisi sedikit,alhamdulillah rezeki Tuhan untuk jadi sihat kan.
Sebelum nie, Bob ( owner BBK ) sendiri pernah bertemu beliau di cafe perkarangan Mahkamah Kuantan semasa minum pagi. So tak sangka dia lepak kat Kuantan sekarang kan.

Bob tegur Benji dan ternyata beliau masih ingat yg mereka pernah bertemu sekali , hehe....
So untuk kenangan kami upload gambar Benji dan Bob untuk kenangan masa hadapan.



Sekian.

Friday, March 25, 2011

Kami dah bukak balik,yeayyy!

Geng kami dah bukak balik,hahha, alhamdulillah,lepas beberapa hari bukak, kami dapat kunjungi mengejut dari abag UCOP hantu kak limah balik kampung. hehehe,.
TERIM KASIH YOP SEBAB SOKONG BURGER TEMAN YEP!

Ucop mencemar duli berselora dengan BBK...

Ucop mencemar duli berselora dengan BBK...

Pada suatu malam, cicak2 berbunyi-bunyian dan ketuk-ketukan sudip yang menjengah kuali....
Aku baru lepas sign out dari fb sbb connection low tahap gaban,pada masa yang sama ade adik nie order burger,so aku buat dengan penuh cool dan gembira...
Dengan agak leka aku membuat burger daging adik tuh tadi, awek kedai sebelah ni yg dikenali sebagai “SUE” memanggil aku...
“Bobb!!!,Bobb!!!,cer tengok betul ke?!”
Aku pun terpaku seketika akan teletah sue yang baru berumur 24 tahun tuh,
“Oh, yer lah,  ha’ah..betul lah,ngapenye???”, dengan cool aku memberi objek jawapan yang over confidentnya...

Dengan penuh gaya balada aku menyapa,
 “Ye bang..ye bang...duduk2,jangan malu jangan segan...”
Brader yang aku suruh duduk tadi pun terus duduk dengan senyuman yang puas macam baru lepas buang angin, hati aku punye lah berbunga habes, yerlah sape tk kenal kan? Sampaikan default picture kat fb aku pun gambo die..memang cantekkkk!!!!

Semua customer pandang ke arah beliau, hensem beb, kalah Eron Aziz...
Aku senyum, die pun senyum....aku senyum lagi,aisehhh dia lagi berbunga-bunga senyum,ahhaaa..
Tanpa segan silu aku terus call brader nie nak tangkap gambar, “Err..bang, nak tangkap gambo satu bleh?” yer lah nak wat kenangan kan...
“Eheh,satu je ke?”, selamber rock dia cakap camtuh, hahahaha. Malu aku,yer lah nak tangkap gambar tapi camera takder,so tepakse lah aku gune pakai camera dari fon brand Sony Ericsson,call si fotografer aziq,dia ader kat semambu,keling punye orang...

“Ok, abg nak bergambar dengan saya,abg kene pegang menu saya bang”, ahaha selamber aku monitor dia,ingat aku nie artis ke ape?
“Eheh, nie kena bayar loyalti nie,mane buleh promote pree”, haa amik kau sebijik aku kena,haha but dun worry dia gurau je...haha
So kami mula berganding bahu menunjukkan aksi kucing garong di hadapan camera yang tak agak canggih tuh...

KLIK! KLIK!
Tq abg ucop! Hah! Ni diaaaaa....ni dia..ni dia...cun habes!




















Ni diaaa...usop Hantu Kak Limah Balik Rumah....
Aku pun blah selepas ucap tq.
“Haish bob, nak merase gok burger bob nyeerrr...” haish,beliau dah hint aku...
Aku pun bagi menu, hah kau berkerut muka.
“Bob!, tak ada menu lain ke? Macam Burger Bakor ke? Burger Supervisa ker? Burger Wheelcharr ker? Burger Plawok ker?” hahaha,mmg lawak time nie, riuh sekejap...kena aku!

Tanpa membuang masa aku menaip nie, aku pun terus create kat dia BURGER KE APE dan kentang goreng....
Haaa amik kau! Sedebuk burger dalam piring aku persembahkan kat dia,
“Bob! Awok baru diet dah turun 5 kilo, nie Bob bagi buger nie nanti kang naik 10 kilo...
Dah tuh nak makan macam mane? Besor lah mulut awok macam nie...” hahahhaa riuh lagi kami berselora dengan penuh gembira....yeay!!!
Haaa...sekali ngap je burger aku,tak terkata apa2.
Hahaha besar beb!
DIA MAKAN BURGER GUA BEB!!!!

Lepas dia baham sebijik burger aku tuh, terus dia panggil aku, dengan senang lenang aku pergi menghampiri dia yang baru lepas menyentap tadi....
“Bob, cube bob isi tempoyok,baru sedap” hah! Aku dah mati akal,camne dia boleh lahirkan idea2 yang buleh buat aku dalam arena burger...
“Iye bob, cer cube tgk skali,mesti sedap” amik kau gaye dia buat sebijik yang macam dalam filem tuh,hah ini rare sebab gua live dengan dia bhai!!!!

Dekat sejam jugak lepak kat situ dan borak2 dengan beliau, baru lah si ucop ni nak decide untuk angkat punggung,perghh sekali lagi entah dari mane budak belakang gerai aku nie panggil abg nie nak ajak fotoshoot,hahaha terpakse layan bang, klu tak dorang bakor abg nanti,org Kuantan semenye ganaih blake...ngeeee....

Then lepas dari minit itu si ucop berjabat tangan dengan aku, dan aku macam biasalah berterima kasih tak sudah, hehehe,sama juga riaksi si ucop sebab ddapat beger pree,hek’eleh....

Gitu lah ceritenye....

Di olah secara cool oleh : BBK

Wednesday, March 16, 2011

InsyaAllah banner baru selepas ini.


preview je klu nak besar,dun worry sebab aku dah buat resolutian tinggi so tak pecah.
untuk inform kepada rakan2 yang ingin mengenali burger bob dengan lebih dekat lagi.tq kawan.

Kami tutup seminggu dari 14-21 Mac 2011

Kami ada sedikit permasalahan, so kami decide nak tutup seminggu,nak release tention sket hahahaha....

Sunday, February 27, 2011


Mini Stick.
2 keping daging + fries + black pepper + mayo secret blend
hanya rm 3.50

Burger Oblong

Burger Oblong Ayam / Daging.
boleh ditempah yang biasa ataupun yang set.
harga : rm 3.50
set : rm 6.00 ( oblong + fries )

Link untuk ke FB

http://www.facebook.com/pages/Burger-Bob/179620072055087?v=info

Monday, January 17, 2011

burger set - RM4


Burger set,
Burger biasa ayam/daging dihidangkan dengan kentang goreng.
mari cuba dan rasakan.

Tuesday, January 11, 2011

THIS IS IT - BURGER BOB

Hello pemakan2 burger disana,
BURGER BOB telah di establish pada tahun 2009 dalam sekitar bulan 9/10 gitu lah heheh..gua un lupa lah beb.

motto kami :  Memberi makanan yang lazat dari Malaysia setanding makanan Asia walaupun ianya hanya dijual secara langsung dari gerai.


tunggu kami update lagi, masa tak time2 bebrtul nie hahaha